Monday, September 24, 2012

Thursday, April 26, 2012

Persediaan Ibu Menyusu



Ramai bakal2 ibu bertanya; 
Bila nak mula mengepam susu?
 
Masa bila nak mengepam, sedangkan anak sentiasa menyusu ngan ibu sewaktu berpantang? 
Dan byk lagi la soalan2 yg mencabar minda untuk menjawab...




  1. Mula2 sekali mesti ada niat utk breastfeed baby dgn bersungguh2. (bukan mudah nak berjaya..kena kuat semangat)
  2. Cari ilmu tentang penyusuan (bole surf, cr kat buku,majalah)
  3. Dapatkan sokongan – Join blog mcm susuibu.com, contact mana2 malaysian breastfeeding peer counselor (PC) yg terhampir n join kwn2 yg breastfeed gak
  4. Pastikan baby hanya diberi susu ibu sejak dilahirkan – perlu discuss dgn hubby,doktor n nurse yg sambut baby.
  5. Sekiranya susu tak de selepas kelahiran terus dptkan bantuan doktor/nurse/PC
  6. Buat stok susu sebulan sebelum kembali bekerja (bila ader stok bnyk kita tak stress)
  7. Dapatkan gadget2 utk buat stok susu ibu (cooler bag, ice pack, storage). Yg ni kalau bole compulsory.
  8. Belajar teknik pum susu dgn tangan atau beli pump yg sesuai.
  9. Last but not least..doa n tawakal pd ALLAH mg dimudahkan segala urusan.



1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
(Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan 
tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.



(Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case) Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama 
sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.


2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh


3. Berapa lama harus mengepam?- Case 1 – 15 minit sebelah breast
- Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast


4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk 
stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.


5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua 
(katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketigadalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.


6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu 
(sejuk didalam fridge)Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.


7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan 
nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).


8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana sususentiasa dihasilkan. 
Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.


9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, 
anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.


10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan 
anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.


11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang (dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.


12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu 
mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar.  Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta



Jadual pumping di dalam pantang.

(1) Pagi 1x double-pumping (antara waktu Subuh dan sebelum mandi pagi). Hormon prolaktin (hormon susu) sangat2 tinggi pada waktu malam ke pagi.

(2) Anytime within the day di mana baby kenyang dan terus tertido dengan sebelah B sahaja. Jadi, wajib kosongkan B yang lagi satu.

Persediaan ke rumah pengasuh
  1. Stok susu (EBM) mesti dah ada. Sikit pun tak pe bnyk lagi bagus…
  2. Sehari sebelum naik keje, susu yg diperah tak payah bekukan dulu, spy esoknya bole hantar yg fresh pd pengasuh.
  3. Beberapa hari sebelum naik keje dah start ajar guna botol. Selang2 dgn direct feeding. Sbenarnya kalau kene suruh org lain yg bagi..sbb if ibu yg bg bby still bau susu kita n ssh sikit nak ajar.. tak pe if masa dah nak hantar pun bby still refuse guna botol, slowly dia akan belajar kat umh pengasuh. (tapi kesian lar pengasuh kena sabar sikit)..better ajar awl2 k lain kali.
  4. Hari 1st hantar, kene standby, if bby nangis2 kene lar g tgk jap. Selalunya bby ok sbb dia tak kenal org lagi. Tapi ada certain baby yg nangis masa 1st day..
  5. Pam n segala gadget jgn lupa bwk g opis k.
  6. Lastly, kena hepi n kawal mental..nak full breastfeed mmg bukan mudah..hanya ibu yg hebat je yg mampu.. kyan yakin awk pasti hebat!



nota kaki: http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com

Monday, March 26, 2012

Do’a mohon diberikan keselamatan )dibaca oleh ibu yang sedang hamil)


َاللََّهُمَّ احْفظْ وَلَدِيْ مَادَمَ فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ اَنْتَ شَافٍ لاَشِفآء إلاَّشِفَاؤُكَ شِفآءً لاَ يُغَادِرُسَقَمًا اَللََّهُمَّ صَوِّرْهُ في بَطِْنيْ صوْرَ ةً حَسَنَـةً وثَبِّتْ قَلْبَـهُ إ يْمَانًابِكَ وَِبرَسُوْلِكَ، اَللََّهُمَّ اخْرجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِـْي سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا، اَللََّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحاً كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقَاً عَالِماًعَامِلاً، اَللََّهُمَّ طوِّلْ عُمْرَهُ وصَحِّحْ جَسَدَهُ وحَسِّنْ خُلُوْقَهُ وَافْصَحْ لِسَانَهُ وَاَحْسِنْ صَوْرَتَهُ لِقِرَآءَةِالْقُرْآن وَالْحَدِيْث بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّي الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

“ Ya Allah jagalah anaku selama ada dalam kandunganku, sembuhkanlah dia (apabila ada penyakitnya), Engkau adalah Dzat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada obat (kesembuhan) kecuali obat (kesembuhan) yang datang dari-Mu, kesembuhan yang tidak akan membawa penyakit, Ya Allah jadikanlah anak-anak yang ada dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus (tampan/cantik) dan tetapkanlah di dalam hatinya untuk senantiasa beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu. Ya Allah keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah anakku menjadi anak-anak yang sehat, sempurna, berakal, cerdas, alim mau mngamalkan ilmunya. Ya Allah berilah anakku umur yang panjang, badan yang sehat, akhlak (budi pekerti) yang baik, lisan yang fasih serta suara yang bagus untuk membaca Al Qur’an dan Hadits dengan mendapat berkahnya Nabi Muhammad SAW, segala puji hanyalah untuk Allah yang menguasai seluruh alam”.

Doa utk Permudahkan Bersalin

Found it online so wanted to put here so I do not forget & lose it.

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan

al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W